NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini menerangkan bagaimana Butterfly House (Pg) Sdn. Bhd. (anak syarikat Butterfly House Holdings Sdn. Bhd.) ("Penang Butterfly Farm") menggunakan Data Peribadi anda. Butterfly House (Pg) Sdn. Bhd., Butterfly House Holdings Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama secara kolektif dirujuk sebagai "Kumpulan Penang Butterfly Farm".
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. Penang Butterfly Farm berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada laman web Penang Butterfly Farm di pautan berikut: http://www.butterfly-insect.com.com ("Laman Web"). Dengan terus berkomunikasi dengan Penang Butterfly Farm atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Penang Butterfly Farm berikutan pengubahsuaian, kemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan itu akan menandakan bahawa anda menerima pengubahsuaian, kemaskinian atau pindaan tersebut.
Pengumpulan Data Peribadi
"Data Peribadi" bermaksud maklumat tentang anda, di mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, butiran kad kredit, bangsa, kewarganegaraan, dan apa-apa maklumat mengenai anda yang telah diberikan oleh anda kepada Penang Butterfly Farm pada sebarang borang (seperti borang pendaftaran atau langganan, borang pertandingan atau cabutan bertuah) dan/atau sebarang maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Penang Butterfly Farm dari semasa ke semasa.
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Penang Butterfly Farm secara langsung, Penang Butterfly Farm juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had melalui pihak ketiga yang dilantik oleh Penang Butterfly Farm untuk acara-acara, apabila anda mendaftar untuk dimasuki ke dalam senarai mel Penang Butterfly Farm, apabila anda mendaftar untuk acara-acara atau promosi Penang Butterfly Farm (contohnya pertandingan, dan cabutan bertuah), apabila anda menebus hadiah, apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Penang Butterfly Farm di acara-acara, apabila anda memberikan kad nama kepada mana-mana kakitangan Penang Butterfly Farm, apabila membuat pertanyaan atau sebaliknya, atau dengan menggunakan atau melanggan kepada Laman Web.
Sila ambil perhatian bahawa Penang Butterfly Farm juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) dan langkah-langkah keselamatan yang lain di premis Penang Butterfly Farm yang boleh menangkap atau merakam imej-imej pengunjung di kawasan awam dan maklumat yang berkaitan dengan lokasi anda. Penang Butterfly Farm juga boleh menggunakan teknologi lain yang merakam bunyi atau video untuk melindungi pelanggan, kakitangan dan harta benda.
Pemberian Data Peribadi adalah secara sukarela. Sekiranya anda tidak memberikan Penang Butterfly Farm Data Peribadi anda, Penang Butterfly Farm tidak mampu memproses permohonan anda untuk penebusan atau pendaftarann anda, dan ini akan menyebabkan anda tidak dapat menebus hadiah, mengambil bahagian dalam acara-acara yang menarik minat anda atau menerima maklumat terkini dan berita mengenai acara dan promosi terkini Penang Butterfly Farm.
Tujuan Pemprosesan
Penang Butterfly Farm mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti Penang Butterfly Farm yang termasuk, tanpa had:-
(a) Di mana anda meminta untuk menebus hadiah, mendaftar untuk sesuatu acara atau melanggan kepada senarai mel Penang Butterfly Farm, agar Penang Butterfly Farm dapat memproses dan mentadbir penebusan, pendaftaran dan langganan tersebut;
(b) untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
(c) untuk peruntukan keselamatan kakitangan dan pelawat lain;
(c) untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami;
(d) untuk Penang Butterfly Farm mematuhi obligasinya di bawah undang-undang.
dan anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada Penang Butterfly Farm untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti di atas dan dalam Notis ini.
Tujuan pemasaran dan promosi
Penang Butterfly Farm juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti untuk menghantar kad ucapan dan menghantar anda perkembangan baharu dan berita tentang acara-acara dan promosi Penang Butterfly Farm terkini yang mungkin menarik minat anda, melalui pos, panggilan telefon dan / atau melalui e-mel.
Jika anda tidak memberi persetujuan anda kepada Penang Butterfly Farm untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam "Tujuan Pemprosesan", sila memberitahu Penang Butterfly Farm menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam "Akses & Permintaan Pembetulan dan Siasatan" di bawah .
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di rantau lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Penang Butterfly Farm yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan Penang Butterfly Farm atau pelayan pihak ketiga terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan memberi persetujuan anda kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Maklumat peribadi anda mungkin dipindah, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan memproses penebusan hadiah, pendaftaran acara atau langannan senarai mel. Selanjutnya, Penang Butterfly Farm mungkin melantik syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak Penang Butterfly Farm, dan sebagai akibat, mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuk (tanpa had):-
(a) Pembekal perkhidmatan teknologi maklumat kami;
(b) Penasihat profesional kami dan juruaudit luar;
(c) Entiti-entiti lain di bawah Kumpulan Penang Butterfly Farm; dan
(d) Pihak penguatkuasa dan pihak kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan.
Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan aset, atau dalam penggulungan.
Akses & Permintaan Pembetulan dan Siasatan
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, meminta untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda berhubung dengan "Tujuan Pemprosesan" di atas dan/atau membuat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Data Peribadi anda dengan menghubungi :-
Marketing & Promotions Executive
Marketing & Promotions Department
Penang Butterfly Farm
830, Jalan Teluk Bahang,
11050 Penang, Malaysia.
E-mail: marketing@butterfly-insect.com
Phone: (+6) 04 885 1384
Fax: (+6) 04 885 2011
Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Penang Butterfly Farm mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana penyediaan akses kepada anda adalah tidak berkadaran dengan risiko kepada privasi anda atau orang lain.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Penang Butterfly Farm tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan di laman web tersebut akan diguna pakai dan Penang Butterfly Farm tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut .
Maklumat Peribadi Daripada Individu Bawah Umur
Sebagai peraturan umum, kanak-kanak dan individu di bawah umur 18 tahun tidak perlu mendedahkan data peribadi kepada kami tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada kami, ibu bapa atau penjaga yang sah dengan ini memberi persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi individu bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan memikul tanggungjawab untuk tindakan kanak-kanak atau individu bawah umur tersebut. |